PENGENALAN

Blog ini dibangunkan untuk memaparkan maklumat dan berita tentang pelajar-pelajar Tingkatan 5N1 Tahun 1978, Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kompleks Sekolah-Sekolah, Kota Baharu, Kelantan Darul Naim. Kelas ini terdiri daripada 37 orang pelajar (22 lelaki dan 15 perempuan). Guru Kelas kami ialah Cikgu Abd Hamid bin Sulaiman. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ketua Tingkatan kami ialah Ezani bin Sheikh Mohamad.

Razak Berkunjung ke Klinik Dr Nik Azmi

18 Oktober 2022, Selasa : Razak dan isteri berkunjung ke Klinik Dr Nik Amir - Azmi, Jelawat, Bachok, Kelantan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Sarapan Pagi Di Kedai Kak Ma Nasi Sup

2 Oktober 2022, Ahad : Kami bertemu, berbual, bercerita sambil makan pagi di Kedai Kak Ma Nasi Sup, Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Cikgu Noreeha Abd Aziz yang menyediakan bajet untuk makan minum kami pagi ini. Semoga Allah SWT memurahkan lagi rezeki Cikgu Noreeha.

RU Warga SMIP 77-78 Kali Ke-5 Tahun 2022

24 September 2022, Sabtu : Seramai 13 orang ahli Kelas 5N1 telah menghadiri RU Warga SMIP 77-78 Kali Ke-5 Tahun 2022 bertempat di Grandara Hall, Kampung Pendek, Kota Bharu, Kelantan.

Menikmati Sarapan Pagi di Restoran Nasi Kerabu Che Awang

14 Ogos 2022, Ahad : Seramai 5 orang ahli Group 5N1'78 SMIP bertemu dan berbual-bual sambil menikmati hidangan nasi kerabu di Restoran Nasi Kerabu Che Awang, Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Mohd Azri bin Abd Rahman, mantan Ketua Jajahan Tumpat, Kelantan kerana belanja makan dan minum pagi ini.

Majlis Kesyukuran Menyambut Menantu Noreeha Aziz

30 Julai 2022, Sabtu : Ahli Group 5N1'78 menghadiri Majlis Kesyukuran Sambut Menantu sahabatku Cikgu Noreeha Abd Aziz di K Castle, Kota Bharu, Kelantan.

Menikmati Sarapan Pagi di Restoran Leiniey Nasi Kerabu Tumis

26 Jun 2022, Ahad : Ahli Group 5N1 SMIP 1978 bertemu dan menikmati nasi kerabu tumis di Restoran Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Cabang 3, Pengkalan Chepa, Kelantan. Selepas bersarapan, kami berkunjung ke rumah Cikgu Muhd Rusdi untuk menikmati pulut durian. Durian dibawa khas dari Besut, Terengganu.

Dr Mohd Zain dan Keluarga Berkunjung ke Besut

4 November 2021 (Khamis) : Dr Mohd Zain dan keluarga telah berkunjung ke Besut. Antara tempat yang dikunjungi ialah rumah Cikgu Razak bin Abd Rahman, Masjid Lapan Kubah dan Pantai Peranginan Bukit Keluang.

Perbualan Online Kali Pertama Tahun 2021

13 September 2021 (Isnin) : Perbualan secara online kali pertama telah berjaya diadakan malam ini bermula pada jam 9.15 malam. Seramai 10 orang sahabat mengambil bahagian. Perbualan berlangsung dengan penuh ceria dengan diselang seli dengan hilai ketawa.
Sahabat yang mengambil bahagian ialah

1. Razak bin Abd Rahman
2. YM Raja Bidin bin Raja Hassan
3. Mohd Zain bin Ismail
4. Ramli bin Yaacob
5. Che Hasbi bin Ramli
6. YM Tengku Aziz bin Tuan Ibrahim
7. Mohd Razali bin Mahmood
8. Mohd Rusdi bin Jid
9. Mohd Azri bin Abd Rahman
10. Ezani bin Sheikh Mohamad

WAN AZIZAH MENDAPAT CUCU KEMBAR

13 Julai 2021 (Selasa) : Tahniah kepada Wan Azizah kerana dianugerahkan cucu kembar (perempuan).

RAZAK SELESAI DOS 2 VAKSIN COVID-19

11 Julai 2021 (Ahad) : Razak selesai menjalani vaksin dos 2 di Kota Putera Square, Kampong Raja, Besut.

Razak Mengunjungi Che Hasbi

5 Disember 2020 (Sabtu) : Cikgu Razak dan isteri sekali lagi mengunjungi Che Hasbi bin Ramli di No 22/08, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ini adalah kunjungan kedua. Dalam kunjungan ini, Razak telah menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan sekelas. 

Razak Mengunjungi Che Hasbi

7 November 2020 (Sabtu) : Cikgu Razak dan isteri telah mengunjungi Che Hasbi bin Ramli di No 22/08, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kunjungan ini adalah untuk bertemu dengan Che Hasbi dan anak sulongnya, Hazwan. Che Hasbi mengalami penyakit strok sejak 11 tahun yang lalu. Razak mewakili rakan-rakan sekelas yang lain yang tidak dapat hadir bersama akibat Pandemik COVID-19. Dalam kunjungan ini, Razak telah menyampaikan sumbangan wang tunai yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan sekelas. Ini adalah pertemuan kali pertama Razak dan Che Hasbi setelah berpisah pada tahun 1978.